Thursday 16 December 2010

Orang yang Mencintai kaMu

























Pernahkah kita rase dicintai oleh seseorg..taukah kita bagaimana rase dicintai...mari baca bersama2..klu ade tanda ni pada seseorg yg korang kenal...dia mgkin mencintai kamu...

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

























Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Monday 6 December 2010

Kenangan bersamamu





























Andai mmpu ku tulis kenangan indah bersama mu syg..tiada
ayat yg mampu tuk ku gambarkan..
setiap gelak tawamu..setiap senyumanmu sentiasa bermain diminda...kau kenangan terindahku..hanya bersamamu jiwaku melayang...
tak mampu ku lupakan setiap lirikan matamu..setiap patah kata mu..terlalu indah buatku syg..
Seandainya kau tahu bertapa dalamnya cintaku padamu..pastinya kau mengerti setiap tingkah laku ku selama ini..
sayang...
takdir tuhan telah mengubah segalanya...andainya smua ini salah ku...ak mohon keampunan darimu...ak ingin kau tahu syg...ak tak mampu dan tak pernah mampu untuk melupakan mu.... seawalnya perhubungan kita...telah kurelakan hati ini utk mencintaimu selamanya dan seadanya dirimu...kerana niatku mencintaimu untuk selamanya
sayang...
segalanya tentang dirimu..ku terima seadanya kamu...kekurangan, kelebihan serta apa sahaja tentang dirimu..tak pnh menjadi masalah dan tak sedikit pn menjadi masalah untuk ak menerimamu...kerana ak bukan mencari yang sempurna dimataku...tapi yang menyempurnakan diriku..
sayang...
izinkan andainya aku membawa rasa cinta ini bersama ku...izinkan ak rasa rndu ni...terima kasih kerana hadir dalam hidupku biarpun seketika cuma..


Wednesday 1 December 2010

Doaku padaNya

























Ya ALLAH ya Tuhan ku...Terima kasih kerana mengirimkan dirinya untuk ku walaupun utk seketika waktu sahaja...aku relakan dia pergi dan semoga dia memperolehi bahagia yang dicari selama ini...Amin..

Saturday 27 November 2010

Interview mood....






























aduhai..dpt interview ni..tp mcm cuak je ak ni..tak tau pe bnda yang diorg nk tny..
maklumlah 1st time kot g interview..pengalaman keje pn takde..just practical je..tak cukup..tak cukup..hahahahhahaha

ush..duk tgk2 baju..nk pakai baju pe plk ni..nk g mcm mn plk tue..hihihihihih...puas duk cari kat internet..tp still blur jgk lg..hai..pelah..nk g interview utk cari pengalaman je ni..harap2 lah interview ak ni success..hahhahhaha..

ya Allah..kau permudahkan kerja2 yang akan ak lakukan...amin,,,

Sunday 21 November 2010

teringat 1st time kluar berempat








hihihihihihih..tetiba teringat kenangan 1st time kluar berempat..hahahaha..g mandi kat kaki genting..sejuk2..1st time gk ak g kaki genting mandi2...air dia cantik...best plk tue..dlm n sejuk...

time kita kluar tue..time tue lps kan tension sbb baru je abis exhibition quran dan sains moden..seronok..sbb blh mandi2...ak ni dhlah pantang skit tgk air yg byk2 ni..rase nk terjun je..hahahhaha..tak lengah lagi..tukar je baju..terus cecah kaki kat air..hihihih..mmg best..mula2 tue kaki je...lame2 tue satu badan rendam dlm air...sejuk ke tak ke..tak kira..janji mandi n lps tension..time tue takde bakar2 ayam lg..just beli2 mknan je..kita berempat je time tue..mula2 kawanlah katakan..hihihihihih...

ak letak gmbr ak je kat citer ni...saje2 je..ni pn ade kenangan gk ni...hihihihih...coz i still remember who took this picture...thanks...

actually...i never forget all moment spend with u...from the 1st time we meet until now..that y i can't forget u forever...

kenangan di BMI





































































































ish..tengah2 mlm ni time tgh2 takut ni plk ade idea nk tulis dlm blog...huhuhuhuhu..thanks lah wat org yg ketuk pntu tue...hhuhuhuhu..
tetiba teringat kenangan time kat bmi...kenangan ngn kawan2 kelas..huhuhuh...ngn bdk2 hostel..
huhuhuhuh..

korang igt lg tak gmbr yg kat atas tue...time tue...subject quran n sains moden tak silap..hihihihih...ni je gmbr2 yg ak ade smpn..huhuhuhuhu...
time ni first assignment kita 1 kelas..dhlah baru kenal..kene wat plk pameran utk quran n sains moden ni kan...huhuhu..by the way..kita smua mmg bersemangatkan nk wat tue...


letih jgn citerlahkan...kene tampal itu..tampal gmbr ini..dgn boardnye yg tumbang ditiup angin....hiihi...ade yg jual mug,tudung, bungalah..hihihihi...tp bkn kelas kita je kan..smua kelas..mmg meriah giler..

korang igt tak...sape leader kita time tue..hahahaha..klu korang lupe..korang mmg tak peka..hahahahhahaha...

poster tue ak igt ak ade wat 1...lg 1 tue ak tak tau sape yg wat..dh lame..tp rase mcm kenal je tulisan tue.hahhahahha..mntaklah tuan pny tulisan tu mengaku..hahhahhaha...
takleh lupe time exhibition kene berdiri..n terangkan kat org yg dtg ttg ape yg kita buat..n klu diorg tak fhm.kene terangkan lg...hahahhahahha...

korang smua mmg best lah...bile igt blk...terasa rndu kenangan ni...rase nk ulang lg..tp nk jdikan dia lbh bermakna...hhihihhihihi...
-azim,azmir,zaim,acap,syaikul amir,atuk,pudin,fahmi,pakwan,hadi,zan,yanie,ika,finie,wanie,eija-bdk2 kelas time tuekan..wah..ramainye..hihihihihih...
korang mmg best..until the end....never ever forget this moment...love it...

Tuesday 26 October 2010

SERABUT


























serabut tak mmpus...
smua bnda nk kene siap..
smua bnda nk kene beresnya dlm mggu ni jgk..
aduhai..mati ak mcm ni....
td kene mrh ngn lecturer sbb poster tak bgs..
wuuuwawawa..rase nk nangis je time tue...ish..rase bodohnyelah ak..
tensionnye...padan muka kan..itulah..kene wat lmbt lg..
ish...rase mcm ape tah...

nk ngadu ngn mak..cnfrm kene mrh blk..
tahlahh.....ngadu ngn tuhan je la ak ni...
smoga tuhan permudahkanlah keje ak kali ni..
jgnlah disshkan lg...ish...

Saturday 23 October 2010

LOVE



























I wish that I had never met u
then there would be no need to impress u...
no need to want u..
no need to loving u...
no need for crying over u..
no need for heartbreaks..
no need for pain and tears...
no need for forgotten promises...
no need for rejected hugs..
no need for crying myself to sleep...
no need for acting like u care..
no need for everything you've done to make me feel like absolutely nothing

BUT then again..
I'm glad i did meet u
Cause u were the one who always asked me if nothing was wrong
u were the one who loved me for me...
the one who cared when everyone else didn't
the one who listened
the one who stayed up late just to talk about the randomest shit ever..
u were the one i told secrets to...
the one who taught me new thing
the one who laugh at my bad joke..
the one who did things,just for me..

I LOVE U SO MUCH DEAR...

Thursday 21 October 2010

pErEMPuAn



















Kalau perempuan bertanya : Lawa ke bdk perempuan tue??
Makna tersembunyi : Sape lg lawa??I ke..bdk perempuan tue??

Kalau perempuan bertanya : You dh makan ke blm?
Makna tersembunyi : Jom p mkn..Dah lapar sgt ni..

Kalau perempuan bertanya : Lawa-lawalah baju kat cnie ek....
Makna tersembunyi : Belikanlah baju untuk I

Kalau perempuan bertanya : Rasa macam nk peninglah....
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala

Kalau perempuan bertanya : Letihnya ari ni..mane nk masak lg..basuh baju lg..
Makna tersembunyi : Kita makan kat luar je lah...lepas tue,tolong basuh baju skali yer...

Kalau perempuan bertanya : Kita lebih sesuai berkawan saje
Makna tersembunyi : I taknk kat u lah...tak faham2 ke!!

Kalau perempuan bertanya : I suka kawan ngn u...u baik..memahami...bla..bla..bla..bla..
Makna tersembunyi : I minat sgt ngn u ni sbnrnya...rasa nk jadi awek u je..hihihih

Kalau perempuan bertanya : U penah tak teringat kat awek u dulu???
Makna tersembunyi : Kalau berani...sebutlah nama dia dpn ak!!!

Kalau perempuan bertanya : I sanggup berkorban demi kebahagiaan U
Makna tersembunyi : Aku kene korban!!..korang berdua gk yg seronokkan,..

Kalau perempuan bertanya : I tak kisah klu mmg betul U nk kawen lg 1, asalkan U terus terang ngn I, bersikap jujur n berlaku adil..
Makna tersembunyi : Sape kata ak tak kisah...Adil ke tak adil ke!!!!...langkah mayat ak dulu kalau nk kawen lg 1.

Air Mata Seorang Perempuan



























Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”jadi kepada lelaki dan jejaka di luar sana,hargailah wanita yang menyayangi diri anda,kerana apabila wanita yang jujur bercinta,dia akan memberikan sepenuh jiwa dan kasih sayangnya kepada lelaki yang dicintainya tanpa berbelah bahagi.jangan biarkan wanita terseksa dengan linangan air mata kerana titisan air mata sememangnya suatu penyeksaan,suatu penderaan jiwa dan batin wanita yang sememangnya ikhlas dalam sesuatu perhubungan.

Tuesday 19 October 2010

senyum selagi mampu

























seringkali hati ni dilukai..tp masih mampu tersenyum..
masih mampu mengukirkan kata-kata semangat..walaupun hanya tuhan yang tahu..betapa tersiksanya menahan hati yang luka..

sayang...tidak kah kau tahu...kehadiranmu mmberi satu sinar dlm hidupku...
menerangkan kegelapan yg menyelubungi hati ini..
tp...ari ni..kata2 mu buat ak tersentak..terdiam..dan terfikir...tak mmpukah ak membuat kamu bahagia..tak mampukah ak memberi kasih sayang yg kamu impikan..
tak cukup lg ke pengorbanan ku lakukan selama ni..
sayang..bukan ak mengungkit segalanya..cuba hanya terfikir...
ku pujuk hatiku..mgkin masih blm smpai waktunya..dan masih belum tuhan berikan sepenuh jiwamu padaku...
sayang...andai satu hari nanti kamu sedari cintamu utkku...biar bertahun lamanya ak perlu menunggu...katalah padaku...kerana akan sentiasa menunggumu..menantikan dirimu...dan andainya juga..kamu bertemu kasih yg baru..yang tak akan membuat mu keliru...katalah juga padaku..ak sedia mengundurkan diri ini...kerana kebahagiaanmu kebahagianku juga..
sayang..hari ni..sekali lg air mata ini jatuh..sekali lagi hati ini bersedih..terlalu pahit utk ditelan..terlalu sukar tuk diterima...

Terima kasih atas segalanya.....

Sunday 17 October 2010

Penyakit!!!!!






















Aduhai..apesallah time2 skrg ni penyakit nk dtg...tolong2..go away from me!!!!!!!...hahhahahahah
kene kuat ni..klu tak..ssh nk sihat...MAK...ankmu ini selesema..huhuhuh..nk ngadu ngn mak..tp mak bz je...wuhahahh...nk ngadu ngn ayah jgk...tp nnt ayah mesti kata..g klinik lah...huhuhu...tp bkn ayat tue yg nk dgr...sbb tau mmg kene g klinik pn...
nk dgr mak n ayah kata mcm ni.."kesian anak mak ni yer..meh snie kat mak..demam yer..meh mak rasa dahi tue..iyelah..demam ni..jom g klinik".....hahahhaha...(dpt lg ke??)
klu dpt dgr mcm tue..time2 tue gk baring kat peha mak n kata.."mak tak laratlah..blh baring sini kejap tak"...hahahhahahahahhaha...
aduhai...selesema,demam..jgnlah berlarutan..ak dh nk exam ni..byk lg keje ak nk kene siapkan ni...

semaknye otak




























pesallah dah akhir2 sem ni byk giler keje yg nk menyemak ni...tension plk ak...dh last2 smua nk bg assignment..nk bg quiz..pesal awl2 dulu tak nk smua skali....ahhh..

Asik duk citer pasal tension je..tp mmg tension pn..kenelah tahan jgk...kenelah senyum jgk..bencinye sem akhir ni...cptlah abis..cptlah ms tue berlalu...cpt skit kawen..hahahahha...biarlah pe pn nk jd lps ni..biarlah ms yg menentukan smuanya..aduhai..pe yg ak melalut ni...

ish..pe lg nk buat ni...sewel ke ape ak ni...ish..keliru...pe yg keliru pn tak tau lah..sengal..smualah..rase mcm nk tgk seseorg..n nk kata kat dia..jom kita kawen cpt nk..hahahahahahahhha...melalut lg.....

Saturday 16 October 2010

buat seseorg yg sy sayangi..


















...buat org yg sy syg...
terima kasih kerana menyayangi sy...
terima kasih jg hadir dlm hidup sy..dikala sy tak pasti dengan perasaan ni..
terima kasih tak terhingga kerana menerima diri saya..w/pun diri ni penuh dengan kekurangan..andai sy tak mmpu mmberi kesempuranan yang dicari...maafkan atas segala kekurangan saya..

org yg sy syg...pengisi segala kekosongan yg telah lama terbiar..
mengembalikan segala rasa yg selama ni telah hilang..
penyeri hari yang dulunya kelam dan samar2...

buat org yg sy syg..ketahuilah bahawa takpnh wujud perkataan menyesal mengenalimu...yg ada cume rasa bersyukur kerana hadir dlm hidup ku...mmberi beribu makna buatku...

Terima kasih yg tak terhingga..sggt2 menghargai kamu...

Thursday 14 October 2010

smuanya tentang kamu...



























ari ni..smuanya tentang kamu...
ari ni...ingin melihat senyum kamu..senyuman kamu buat aku lupe segalanya...
ingin melihat mata kamu..renungan mata kamu buat aku tak keruan...
ingin mendengar kata2 kamu...setiap kata2 kamu penuh makna yang tertentu..
segalanya tentang kamu...

indahnya kejadian tuhan...terlalu bermakna...
ari ini ak coretkan segalanya tentang kamu..kerana kamu terlalu bermakna bagiku..
kamu..kamu..dan kamu...
terima kasih kerana kasih sayang kamu....
hanya tuhan mmpu mmbalas...dan hanya kpd Dia aku memohon kamulah satu-satunya tuk ku...

Sunday 10 October 2010

Indahnya Kasih Sayang




























kasih sayang...
andai mmpu ditulis..adakah cukup utk sehelai kertas..
andai mmpu diungkapkan..adakah cukup sekadar kata2..
andai mmpu dibeli...adekah cukup dengan wang yang ada..

kasih sayang...
tiada kertas yg cukup utk menulis mu
tiada kata yg mmpu diungkapkan...
tiada wang yang mmpu utk membelinya..
kerana kasih syg...
satu perasaan yg mengalir tulus dari hati..
kehendak yang Esa...
Diberikan tuk smua hambanya..
tp hanya yang menghargainya akan dpt merasai keindahan kasih sayang..

hargailah...semailah..bajalah..dan peliharalah kasih syg yg ada...
biarkan ia subur dan mekar dihati..
berilah hasilnya kepada mereka2 yang menghargai dirimu...
pasti suatu hari ni...
keindahannya..kenikmatannya akan dapat dirasai...

Thursday 7 October 2010

Tension




















Mak!!!!!!!!!!!!!!!tlglah..anakmu ini tension..
tuelah buat keje last minit lg kan..padan muka...
bknnye sengala..tp segala brg bknnye senang nk dpt...ahhhh..ak tension giler
rase nk nangis diketika ni..tlglah...seseorg tolonglah ak...Ya Allah yg tuhanku..bantulah hambaMu ni....aduhai...
tekanan yg lebih ni...terasa kesengsaraannye...aduhai..tolonglah..pe lg yg perlu ak buat ni...
sape lg yg ak nk ngadu ni..smua org duk sibuk ngn kerja masing2...
huwahahahahhaha...nangis tanpa air mata yg mengalir....tolonglah..jgnlah mcm ni..ak harap ak akan berjaya buat fyp ak ni...
dengan kerja yg melambak lg ni..dengan fyp yg entah ape2 tah...tension...ak nk lari jauh dr fyp ni....

Monday 4 October 2010

FYP (Final Year Project)




















ahhhh...tah ape2 tah fyp ni nk agaknyekan...
menyemak je dlm hidup ni..klu takde tak blh ke agaknye kan..
tension otak den...poning kepalo den..
hahahahha....agak2 ek klu siap fyp ni blh tido lame2 tak..smp tak nk bangun lg..hahahahha...
maksudnye bknlah mati..tp tido ngn ati yg tenang..fikiran yg lapang..
aduhai...fyp..kau buat hidupku tak keruan..

bile lah agaknye nk siap ni..tolonglah bantulah ak ni...fyp ku syg...,siaplah ko secepat mgkin...
jgnlah ak yg malas nk wat..ak kene siapkan jgk...kene..wajib...ahhhhhhh...teruskan usaha anda..ceh..poyo..

Monday 7 June 2010

relax...n let the games begin...










































ehem3...i like ur games...n i will play until the end...hahahahahah...
apekah ayat tue...siapakah yg memulakan...knpkah dimulakan..bagaimanakah rasenya bermain dlm permainan ini...dimanakah permainan ini berlaku..dan bilakah ia akan berakhir....n kenapakah permainan ini mesti berlaku..hahahahahahah...
wah..byk betul pertanyaan...yg pasti..smua jawapan utk setiap persoalan ni blm ade jawapannye...tggulah..tp sampai bilekan..
sampai bile agaknye ye harus ak menjadi pemain dlm games ni...dn smpai bile jgk ko akan bermain skali..adakah tidak akan ada kesudahannya...tolonglah..permainan ini amat memeritkan..amat menyakitkan..yang pasti..antara ko dan ak tiada siapa yang mahu menamatkan permainan ini....kerana ego kah..kerana malu kah..atau kerana permainan ini menyeronokkan..hahahahah..entahlah...kta tggu lah....

Sunday 30 May 2010

sHoPpinG


























ari ni seronok sgt...mak n ayah bwk smua anak2 kesayangan mereka bershopping...best sgt..dh lame tak shopping mcm ni..rasenye dh 4 taun tak mcm ni...rase best sgt2...penat jgk..dari tgh ari smp mlm...hihihihih...mak dengan baik atinye membelikan beg utk anak kesayangan dia yg sorg ni.hihihihih...perasan plk ak ni...ak yg mntak sebenarnya..huhuhuhhuhuh...
kak ngah n adik plk cari buku....buku nk wat ape tah..yg kreatif2 ni lah.....ak tgk je..maklumlah takde bakat nk kreatif2 ni..hihihihihih..
kitaorg g nagoya cari kain..maklumlah nk raye..hahahahha..raye lmbt lg lah...hhuhuhuh...mak byk giler borong kain..macam 1kedai dia nk beli....nasib baik ade ank2 yg tlg sabarkan...hahahah..anak2 pn same gk sebenarnya..huhuhuhuhuhuh....ayah je yg menghilangkan diri...tak g nagoya...g carik kedai2 computer...baju2 lelaki..kesian ayah...sorang2 je jln..maklumlah takde anak lelaki..takpe ye ayah..tggu nnt ade menantu..suruh menantu temankan plk yer..hahahahhahahah...bile lh agaknye yer kan ayah..hahahhhha....tgguuuu!!!!!!..(melalut.....sudah...)
ahh...penat giler...tp tak ngntuk....mata ni segar je lg...waduh2..payah gini..hahhahahahha...
tp yg penting...ari ni sgt2 seronok berjalan ngn mak n ayah serta adik2...love u so much...

mY bIrTHdAy




























wah...taun ni dh masuk 24 dh umo ak ni..tak sedar2 dh tua plk ak ni yer..hahahhahah..tp jiwa muda beb..tp ak takdelah tua sgt pn kan....ish3...pesal ak melalut2 citer pasal tua ke muda ni...actually bkn ak nk citer pasal tue..ak nk citer pasal smbutan besday ak taun ni...huuhuhuhu..sgt2 seronok....
1st skali smbut besday kat karaoke ngn amir n acap..thanks a lot to both of you.....suke sgt2...siap korang nyanyi lg kan...wah..ak terharu sebenarnya...mCD lg..ush..kekenyangan ak mlm tue..
to amir..thanks sbb bwk ak jln2 lg...suke giler..hahhahahaha...terima kasih byk2..hahahahhahah

2nd plk...smbut besday kat umh nenek....sblm gotong royong pasal tikar kat umh uwan...smbut besday ak dulu...thanks to mak n ayah yg belikan kek...kakngah yg buatkan kad n adik yg saling membantu....pakcik n makcik sekeluarga yg belikan KFC n makngah n pakngah sekeluarga yang sudi dtg uwan yg sudi melayan cucunye ini...acu yg menjanjikan adiah yg tak tau bile dpt...hahahhahaha.tak lupe buat anak2 paklang n maklang..even ur parents tak dpt dtg..korang membestkan lg majlislah......thanks to all...love u all very2 much...seronok sgt2..even dh besar pn dpt celebrate mcm ni...rndunye saat2 yang u all smua bg...

Takkan ade kata2 yg mmpu utk diucapkan selain daripada terima kasih yang tak terhingga buat smua... I LOVE U ALL.....SYG SGT2....

Wednesday 19 May 2010

jLn2 sMpai pEnat..

























uish..hari pertama..MeNara KL..Times square..low yatt..sg wang plaza...hahahahha...takde keje wat keje....jln2 kL smp penat.thanks amir..ko mmg best lah..but kesian plk ngn ko tp ko yg tak kisah kan..ikut je kan..kita lumba sape yg penat dulu..hahahhaha.ko tak leh nk lawan ak..ko dh penat awl dh.smp kejang2 kaki..hahahhahahahha..tp sgt2 best dpt jalan2.even dh g putrajaya sblm tue msih ak tak penat2 lg jalan2 ni.ak pn tak tau knp..seronok kot. kita tawaf dlm menara kL tue 3 kali kan.tgk kL yg penuh ngn bangunan yg pelbagai bentuk dan rupe.than g times square mkn2 n jalan2 mule2nye..dh penat round time square..g lowyatt plk.jln2 je.tnpa arah tujuan.hahahha.n g sg wang pn same.pusing2.kat sna ko dh mula penatkan.dh kejang kaki kan..hahhahah..rehat jap.minum2 dulu.kasi hilang penat ko tue.pastu ko tny ak nk g mane plk.g tgk wayang citer robin hood lah.hahhah..tgk duit klu cukup br g.ko kata mcm tue.tp g gak kan.hahhahaha..citer tue bosan lah.byk sgt cakap.tp time dia lawan tue best gk.dh abis kita g mkn plk.kat wangsa maju.ko pn dh menampakkan kepenatannye.ak penat skit2 je.klu ajak jln lagi masih blh lg.hahhahaha.

esoknya..mkn tengah ari...pastu g jln2 ikea tgk2 barang kat sna..bknnye beli pn.sbb nk jln2...jln lagi dan terus berjalan smp tak sedar dh mlm time tue..perut pn dh lapar..kita cari old town.tapi tak jmp pn..last2 kita g dato keramat mkn...huhuhuh.."amat gelas besar"..hahhaha..best kan..lps mkn kita g cheras.down town cheras.beli minyak wangi.hahahha..wangikan..mestilah wangi sbb ak yang pilih.hahhahahahah..dh penat2 kita g lepak2 minum..citer2 zaman sekolah..lame gak tue..pastu blk lah..sbb dh penat kot...hahahh..penat ke???

by the way...thanks byk2 sbb bwk ak jln2 kL..lain kali blh bwk lg kan..kan..kan..kan...hahahahhahahahah...


Sunday 16 May 2010

bosAn n tekanaN




















aPe ak nk wat ni...bosan giler duk umh sorang2 ni..ish..takde idea ak nk wat pe ni..ade gk jap g ak g jln2 sorang2 ni.abis dh org ak msg..tp takkan nk kcau diorg plk kan..sikit2 tue blhlah ek.hahahahha.segala bosan dh kluar dh ni...nk blk kg!!!!...TOLONG!!!!...rase mcm nk jerit kuat2 je ni pn...tekanan2....hahhahahhahahah..



Saturday 15 May 2010

jLn2 nGan MeMbEr =D

























sEronoknye jln2 ari ni...bEst kot..g PWTC temankan ain nk cari keje..pusing2 PWTC tue.byk kot syarikat2 yg tawarkan keje tue.rase mcm nk apply je..tp..ish knp lah lmbt lg abis blaja..tetiba terfkr kn keje n kawen..hahahahhaha...(kawen!!!..pelah..byk lg kene fkr..mak ayah..impian!!!xblh2..tp klu dh jodoh???uit..??)melalut..hahahhaha..

pas g PWTC g PUTRAJAYA plk....yaHoUo!!...seronok giler..OGY N AIN!!!!korang mmg bestlah sbb ikut je kemahuan ak ni yg korang sering kata SENGAL...(SENGAL KE AK???) pe2 lah...hahahhah
byk giler kedai kat sna..tp takleh nk shopping.duit ma..tarak ade..tp mmg best jom heboh tue..siap jmp ngn amani lg..yg blakon citer adamaya tue..COMEL mcm ak..ahahhahaha(comel ke ak??)tp dr jauh je dpt tgk..

jlN2 lg..smp koRang pn sakit kaki n ak pn sakit kaki gk..tp tak puaslah nak g lagi...bile lg korang nk jln2 ngn ak ni..tp pastikan korang rehat panjang tau..n ade masa yang cukup utk ak...kerana ak kan perlukan perhatian korang..hahahahhahahah..lebih2 plk..

Friday 14 May 2010

Yg TeRiNdAh













Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku

Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna

Tika bahagia mula menjelma

Bila keyakinan datang merasa

Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu

Merindui dirimu

Memiliki dirimu

Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta

Hingga aku rasa indah






bLk kL aRi nI
























iSh..mcm2 perasaan nk blk kL ni.smua ade.suka de..sedih ade..gelisah pn ade gk ni.bak kata org mcm2 ade..hahhahha...suke ni sbnrnye dpt jmp ngn mmber2.g jln2 skit.gosip2 tue yg penting...hahhaha..sedih ni..pasal tgglkan ayah n adik2 kat umh.dah lah mak g kursus..ish3..mcm mane lah diorg nnt.harap2 angah tue takdelah duk dlm bilik je..mskkan utk ayah n adik..hahahhahah..
gelisah ni plk...entah sbb pe tah.gelisah dijiwa..hahahhahahh...poning kok den ni ha...
lps smyg jumaat bertolak lah ke kL...(klu bertolak yo esok pn tak tontu eh sampai) hahahhaha..

klu campur2kan smua perasaan tue...rasa berat ati je nk blk..ish3..tp ade bnda nk kene buat ni kat umh..kesian plk ngn housemate ak tggl sorang2..tp ati ni..berat je nk blk..tuelah.lame sgt duk kat umh.ahhh...rumahku syurga ku...segalanya tersedia..no need to pay..hahhahahha..





Thursday 13 May 2010

BaI yg tErlbh Manja




















mak n ayah dia pn tak leh nk pujuk...siap kene bgtau mak ak lg..pujuk2 lah dia skit2...nasib baik lah dia ni mkn dek pujukkan my mom..actually my mom mmg pandai pujuk memujuk ni...hahahh...

skrg ni..dh oklah skit..tp takleh nk sakat lbh2..nnt touching lbh..ati kaca lah kata kan...hahhahah..nampk je ganazz...tp ati tak blh blah...kaca giler...

to bai aka azrul..terimalah hakikat yg ko tue bkn nye yg bongsu lagi....


maAFkan Aku sAhAbAt



























Jika ak menyakiti hatimu..bukan niatku menyakitmu..bukan niatku melukakanmu..ak mohon kemaafan darimu wahai sahabat...







Wednesday 12 May 2010

who cares when I hurt??























tajuk je blh tahan...hahahhaha.pernah ke ak kecewa..bohonglah tak pernahkan.tgk org tersyg bahagia dgn org lain,biarpn masih mampu tersenyum n kata "ak ok je pn"...tp tak mmpu nk tipu diri sndr yg sbnrnya hati ni bkn setakat menangis dh..meraung pn ade.itu ganjaran atas segala kesetiaan selama ni.hahahah..poyo..tp tak pe biarlah dia kecapi kebahagian skrg.1 ari nnt ak jg akn perolehinya.insyaAllah.
hidup ni mesti diteruskan.cinta itu hadir n sering kali ak nafikan kerana ak tak ingin lagi dikecewakan. biarlah caya hidup ku begini.
biarlah ak mencintai seseorang dalam ati n hanya ak dan tuhan sahaja tau. biar pn sakit tp ia tetap mengembirakan.hahahhaha..

buAt Mu SaHaBaT

























syG...sY coretan sesuatu utk awk dlm blog sy...sy tau awk diluka...sabarlah syg...seperti janji2 saya pada awk....sy akan sentiasa di sisi awk....utk sntiasa menjadi penenang dikala awk memerlukan..peneman dikala awk kesunyian..jgn salahkan sesiapa utk pe yang telah terjadi..dari dulu smp skrg..hanya 1 pesanan saya pada awk...TABAH lah syg...kadang2 ape yang kita cintai tak semestinya kita miliki....mgkin dia bkn yang terbaik utk awk...carilah yang lbh baik...jgnlah awk kecewa kerananya...hidup ni masih panjang lg utk kita...syg..kumbang bkn seekor..awk mmpu mencari kumbang yang lbh baik tuk itu..sabarlah syg...jgn ditangisi atau diratapi...kesakitan itu menjadikan kita lbh kuat...igt syg...TABAH N SABAR..insyaAllah..Tuhan akan berikan awk LELAKI yg terbaik...




hAbiS fiNaL eXaM..


gumbiranyE lah ati ni hanya tuhan je yg tau...dh abis dh exam....hahahhaha...so lm sgt tggl blog ni smp lupe kata laluan (password)...hahahhahha....but msh ade keje besar yg m'ggu ni....
maLeh nye rase ati ni....duK umh kan beSt..nk kEne blk kL blk...ish..tak excited lnsg...
Final project ni menyemak je dlm hidup ak...tak leh ke takde...hahahhahhaha...
tajuk pn tak tau pe nak wat ni...tension gak lah ni..but kne fkr gk...may b yang terbaik utk ak ade disana..ceh poyo plk ayat tue....agak2 ak blh wat ke tak eh. mcm takde keyakinan diri dh ni.Tuhan bantu lah ak ni ha.


Sunday 3 January 2010

mObiLe





























Ni lah gmbr budak2 kelas ak sekarang ni termasuklah ak yg ade dlm gmbar tue.comelkan smua.bkn nk perasan tp mmg btl pn.hahhaha.
Bdk2 kelas time degree ni skit sgt.2 yg best nk blaja.takdelah semak sgt otak ni. seronok kawan2 ngn diorg ni.giler2 gk.


bMi.


























6/1 bermula lah perjuangkan ak sebagai seorg pelajar setelah hmpir 2 bulan bercuti.ahhh!!!!!tolong otak dh tepu.macam mane ni.
FINAL PROJECT????....AHHHHH.....pe yg harus ak lakukan.
so seronok bercuti , forgot everything.mane taknye , seronok sgt duk layan internet ni facebook lah.friendster lah.salah sndirikan..PADAN MUKA.AHHAHAH
sem ni..ak duk luar.mak n ayah suruh duk hostel.tp ak degil.rase2nye ak mmpu tak nk harungi cabaran ni ye.betul ke keputusan ak ni?? Ya Allah.bantulah hambaMu ini.


Saturday 2 January 2010

hArI yG mEmeNaTkan.......

PeNaTnyE!!!!!!!!!!.........
ari ni mmg penat giler ah.....g ikut adik ak daftar...
mcm2 haL jadi.....
dahlah nk masuk kwasan uitm tue start dh 'jam'.....
time nk g daftar kene naik bus plk tue.....adoyai!!....pesal plk tak blh bwk kete.....GERAMnye!!!!....
1st daftar dh salah tmpt plk tue.....muka adik ak dh cuak dh.....tenang2 baby....hahahahha...konon2 ak pujuklah dia....pastuekan...kene tggu bus....maklumlah tak bwk kete...menapak lagi....nasib baik bus tue cpt je smp.....thanks uncle bus....cos fhm penantian kami....
so...pendekkn citer ni...smplh kitaorg smua ditempat pendaftaran yg sebenarnye..adik ak pn masuklah ditempat pendaftaran tue...kami tak dibenarkan masuk....hahah...poyo je
kitaorg kat luar tggu lame giler pesal lah adik ak sorang ni tak kluar2...rupe2nye...
ade masalah timbul...big problem...smp dia kene KIV(keep in view)...TAK BAWAK TRANSKRIP..adoyai!!...bnda penting boleh tggl..pe lg melentinglah mak ak....adik ak dh nangis dah..tengah2 mak ak marah tue adik ak yg kecik tue boleh kata plk....nobody perfect and people make mistake..hhahahhah..ak pn pujuk2 lah adik ak ni.....dont cry baby i'm with u.and pakcik ak blh kata...muka je nmpk ganaz..tp ati kecik..hahhaha....what ever people say but she still not in mood...kesian..thanks GOD coz hostel boleh daftar..klu tak jenuh gk nk bawak balik barang tue..bkn skit2 barang..oh...reda skit msalah dia...by the way..esok kene g uitm lg..nk hantar sijil2 tue...

Template by:
Free Blog Templates